Catatan Journalis Muda

Mereka yang celik mata hatinya akan sentiasa menemui cahaya dimalam pekat.

Saturday, April 22, 2017

Tangisan padang Pasir ( Cerpen Syria)

Aku berada di kawasan yang penuh dengan padang pasir. Tiada lagi kehijauan yang sering terlihat di Malaysia. Aku seolah oleh dapat merasakan getaran jiwa yang mengonak tajam menikam sanubariku. Aku terpinga-pinga. Dimanakah kini aku berada. Siang yang cerah seolah olah dingin. Mentari cuma mampu menyebarkan cahaya tanpa membantu meghangatkan tubuh yang kedinginan. Sedang aku berfikir, kemana kakiku akan pergi selepas itu, aku terdengar suara lantang memanggil namaku. Suara itu amat asing. Namun kenapa aku rasa mengenalinya. Aku menoleh. Dua orang lelaki sedang mara mengenakan pakaian yang sama seperti aku. Baju oren yang agak terang dengan vest bewarna krim. Termengah-mengah mereka menahan lelah.

" Hassan. Kita harus pergi sekarang. Ada letupan yang dilancarakan pagi ini di Damsyik oleh rejim Bashar laknatullah. Jika terlambat, kita akan kehilangan mereka yang masih selamat." Lelaki berjambang lebat memberikan maklumat.

" Benar apa yang dikatakan Abdullah, Hasan. Mereka semakin melampau. Kali ini, mereka mengsasarkan masjid dimana sekumpulan pelajar tahfis dan ulama berada. Kita harus menyelamatkan mereka terlebih dahulu" Seorang lagi memberikan sarana. Aku merasa sangsi. Damsyik? Letupan? Rejim Bashar? Apa semua ni? Aku berada di mana?

Aku menyimpan segala kesangsian. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Namun aku dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Aku menggenggam bahu kedua mereka.

" Jom." Aku menjawab ringkas.

Kami berlari merentasi sebuah kota. Penglihatanku tidak lagi melihat padang pasir yang kuning. Namun sebuah kota yang hampir musnah. Mataku liar melihat sekeliling. Hatiku bertanya ' Apakah yang terjadi di kota ini sebenarnya? Banyak persoalan yang bermain di mindaku. Aku hanya mampu berdiam diri.

Kami melalui sebuah lorong sebelum sampai ke tempat dimana serangan yang dikatakan berlaku. Kekecohan di sana sini. Ada yang meraung. Ada yang menagis. Ada juga yang kelihatan ketakutan sambil memeluk tubuh. Banyak juga mereka yang mengenakan pakaian yang sama membantu menggali runtuhan untuk menyelamatkan mangsa. Dua lelaki yang menemaniku tadi telah pun berlari menghampiri tapak masjid yang telah runtuh. Aku juga tidak patut berdiam diri. Aku menuju ke tapak dimana ramai orang berkumpul. Terdapat seorang kanak-kanak yang menagis tersekat di celah-celah batu. Rintihan kanak-kanak itu begitu hiba memilukan. Kepalanya dipenuhi darah merah yang bercampur dengan debu bagunan. Seorang lelaki menjerit.

" Ayuh. Kita pecahan batu ini. Hampir 20 orang tahfiz dan ulama yang telah tekorban. Kita tidak akan biarkan ada lagi yang terkorban selepas ini."Jeritan lelaki itu bergema di setiap sudut diikuti oleh sokongan beberapa orang yang lain. Mereka berusaha sedaya upaya menyelamatkan kanak-kanak itu. Aku melakukan apa yang patut. Banyak mayat yang disusun di atas tanah. Kebanyakkan mereka anak-anak tahfis yang bertalaqi di masjid tersebut. Difahamkan beberapa orang guru telah syahid dan selebihnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa jam telah berlalu. Tangisan, raungan dan rintihan menjadi muzik syahdu yang bergema di setiap ruang kota. Ada ibu yang menagis melihat anaknya yang dikandungnya 9 bulan 10 hari mati begitu sahaja. Ada yang seperti orang gila, ketawa dengan air mata yang bercucuran. Beberapa kali melaungkan 'Aku Bapa syuhada' kepada orang-orang. Suasana menjadi bingit dengan hanyir darah dimerata tempat.

Ketika aku melalui sebuah runtuhan, mataku menagkap satu pergerakkan di celah-celah batu runtuhan yang agak besar. Semakin lama, pergerakkan itu semakin jelas. Aku menghampiri kawasan tersebut. Rupanya pergerakkan itu datang dari seorang kanak-kanak lelaki yang berlumuran darah. Kanak-kanak itu kelihatannya menahan tangis. Dia berjalan sedikit demi sedikit di balik runtuhan. Air mataku tumpah. Tergamam aku melihat kanak-kanak yang sangat kecil dengan gagah menahan sebak keluar menyelamatkan diri dari runtuhan. Aku menghampiri anak itu. Aku memeluknya kemudian membawanya menaiki ambulan yang telah disediakan. Sendunya mula kedengaran. Namun begitu halus buat anak sebesar itu. Betapa besarnya kekuatan yang telah Allah berikan kepada mereka yang diuji dalam ketaqwaan. Dan betapa kerdilnya kita yang masih berperang dengan ketandusan iman. Ambulans telahpun berlalu. Hanya aku yang masih termenggu. Tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Dua sahabat tadi juga tidak lagi kelihatan. Aku pergi ke satu ruang. Air mataku sekali lagi berlinagan. Sedang diriku asyik memikirkan apa yang sebenarnya telah berlaku, kedengaran bunyi letupan memecah sunyi. Alam berubah menjadi kelam. Aku gugur kebumi.

Hassan membuka mata yang basah. Dia masih lagi tersungkur di meja belajar. Beberapa keratan akhbar berkenaan pergolakkan di Syria dan Iraq masih terhampar luas di sudut kecil meja tersebut. Komputernya juga masih lagi terbuka dengan terbentangnya tajuk 'Implikasi percaturan di Syria' diatasnya. 'Ya Allah. Aku bermimpi rupanya.' Hadir ke satu ruang tanpa dimensi dan melihat sendiri betapa sukarnya saudara-saudara seagama berjuang demi mempertahankan maruah yang diinjak-injak. Melihat penderiataan demi penderitaan yang terpaksa diharungi oleh penduduk syria. Melihat anak-anak kecil yang yatim menceritakan pengalaman di acu senapang yang berpeluru. Ini baru sebuah mimpi. Lalu bagaimana pula dengan mereka-mereka yang memerlukan disana. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hassan melihat jam. Sepertiga malam telahpun tiba.  Sabda Rasulullah SAW:

 “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Hassan tidak ingin melepaskan peluang tersebut untuk mendoakan saudara seagama di asia tengah. Sesungguhnya doa adalah senjata paling Ampuh. Sekalipun dia tidak dapat mencurahkan keringat membantu meringankan bebanan yang dihadapi, namun doalah satu-satunya hadiah yang terindah yang mampu diberikan.